Ter stuck kat IDC Brickfield nih. Ingat nak balik cepat, skali ujan lebat gile kat luar.. nak pi kat kete pun takleh.. so curik masa sikit utk post resepi ni..
Requested by Nani, here goes..
Bahan A : Sos Merah
500g minced beef/ayam/ * biasa pakai ramly burger mince beef tu.. satu ketul tu cukup
1 tin tomato puree * biasa guna brand S&W, takpun lagi senang guna Campbell's Tomato & Basil
1 biji bawang besar dipotong dadu
2-3 biji bawang putih dicincang
1 tin mushroom - hiris sesuka hati
1-2 biji tomato - potong dadu
Kiub daging / ayam kalu suka
oregano
black pepper
- kalu suka byk sayur bulih tambah carrot / celery / green pepper
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya
Masukkan daging cincang, biarkan seketika
Masukkan pula tomato puree
Masukkan mushroom & tomato - ataupun sayur2 lain
Masukkan black pepper, oregano, garam dan gula secukupnya. Kacaukan sekali sekala hingga masak dan kuah agak pekat
Bahan B : Sos Putih
2 sudu butter
2-3 sudu tepung
2 cawan susu
1 cawan parutan cheese - aku guna cheddar & mozarella cheese *cheese ni suka hati nak byk ke sikit.. 1/2 cawan pun ok
sikit garam, black peper & oregano
Atas api perlahan, masak butter, then masukkan tepung, kacau rata
Masukkan susu
Agak2 mendidih masukkan garam, black pepper & oregano secukup rasa. Kalu nak rasa kena darah tinggi sila lebihkan garam :D
agak dah pekat sikit, masukkan cheese, terus tutup api, then kacau sampai cheese cair
Bahan C :
Lasagna Sheet - aku guna San Remo, instant Lasagna sheet, yg ni takyah rebus2 dulu
1 cup parutan cheese - aku guna mozarella & cheddar, kalu ade parmesan pun bulih gak kot
Bekas nak bakar - pyrex / vision / aluminium pan / bekas bakar kek
Cara2 :
a. Lapiskan lasagna sheet kat dlm bekas nak bakar tu
b. Lapiskan Sos Merah
c. Lapiskan Sos putih
d. Tabur sikit grated cheese tadi
Ulang a - d sampai abis bahan2. Biasa aku buat 2 lapis je. Lapis atas sekali mesti diakhiri dgn sos putih, pastu boleh taburkan grated cheese byk2 .
Bakar dlm oven suhu dlm 175 C dlm 30 minit. Cucuk dgn tester/ lidi utk cek sama ada lasagna sheet tu lembut ke tak. Kalu tak lembut, bakar sikit lagi sampai lembut.
Note :
Lasagna sheet ni bulih diganti dgn macaroni or pasta2 lain. Proses sama, cuma macaroni tu kena rebus sampai lembut dulu. Bakar dlm 20 minit.
Kalu ada leftover kuah spaghetti bolognaise pun boleh guna sebagai sos merah.
Okay, slamat mencuba.
To Nani, make sure ko buat & bawak pi opis eh. penat aku taip nih..