Wednesday, March 08, 2006

Bandung - Day 5 (5th March 2006)

Last day for shopping

Since the last 4 days dok merayap kat kedai je, so hari ke-5, after breakfast, kitorang pi ke Kebun Binatang = zoo. Naik angkutan yg ade tulis Cicaheum-Ledeng, then berenti betul2 depan zoo. Tapi actually tak plan pun nak masuk zoo tu. The real plan was for the kids to ride the horse. Nak bagi budak2 bergembira sikit..


Naik kereta kuda = Rp 10 000 = RM 4


Horse riding = Rp 7000 = RM 2.80

After that, sambung balik aktiviti shopping .. hehe.. next stop was Episode FO, then proceed to Solution Shoes Fashion Bag. Kat kedai Solution ni byk bags & kasut yg branded eg Gucci, Guess, LV, TODS, Ferragamo dan yg sewaktu dgnnya. Harga bag2 ni cthnya Gucci dlm range RM 200- RM300. Rasanya original kot.. tapi ntah la.. sbb tak beli pun.. lagi pun tak pernah ada bag2 branded ni.. so tak pandai pun nak identify ori ke tak..

Then singgah sat kat Uptown FO. Well, actually majority FO ni barang2 die dgn FO yg lain sama je. Bezanya cuma banyak/tak banyak choice. Kalu kedai besar byk la pilihan.. tapi harga nya sama je . Cthnya baju Esprit yg kitorang beli tu, bila jumpa baju yg sama kat kedai2 yg lain, harganya sama je..


Depan kedai Solution and Uptown FO

Tgh hari balik Hotel utk rest sekejap, the pi Pasar Baru cari kain batik & selendang. Ingat nak cari baju kebaya tapi tak byk choice sgt. Agaknya dah out of season kot..


Dalam Pasar Baru & kebaya sulamku.. bulih buat baju raya this year..

Sebelah malam dinner kat Restoran Simpang Raya - almost every day kitorang makan kat restorang ni sbb seberang jalan je dgn Hotel kitorang. Makanan sedap & style hidang byk2 lauk tu. Tapi kitorang pilih 3-4 lauk je.. tu pun sekali makan average Rp40 000 = RM 16. Rasanya macam agak mahal.. tak tau la tah2 kitorang kena tipu ..


Depan Restoran Simpang Raya & cth lauk2 kat situ

Lepas makan, last destination was DSE - Dago Stok Ekspot. Dekat je.. within walking distance je dgn Hotel.. Purpose nak cari bags. .. bag yg kitorang bawak tak cukup utk menampung jumlah barang yg dibeli.. hehe

Depan DSE..

Tuesday, March 07, 2006

Bandung - Day 4 (4th March 2006)

Happy 5th Anniversary to us!

Hari keempat kitorang ke Jalan Cihampelas. Dengarnya kat jalan ni kira macam pusat jeans la. Naik angkutan yg ade tulis Cicaheum- Ledeng. Sampai je, ade lah beberapa Factory Outlet. Kedai jual jeans mmg banyak, tapi rasa macam kat Chow Kit je kedainya, sungguh rasa kurang confident nak shopping. So sudahnya tak beli ape2 pun, takut terbeli yg tak ori sbb masa cek tgk byk made in China.


Kat jalan Cihampelas

Kitorang lunch kat McD, makan Big Mac & spaghetti. Tak pernah lak jumpa McD juai spaghetti. Satu yang bagus kat Bandung ni, majority dalam kedai/FO ade musolla = surau. Even dalam McD pun ade surau. Respek sungguh..


Surau kat dalam McD..

Tgh hari kitorang balik ke Jalan Dago. So takde hasil kat Jln Cihampelas, cuma beli soft toys utk budak2 je.

Sebelah ptg kitorang jln2 kat Rich & Famous Factory Outlet. FO ni siap ade cafe kat dalam dia. Senang nya.. 2 fresh juice = Rp 14 000 = RM 5.60. Hmm not bad. Tapi jgn order fresh orange, sbb rasanya guna limau nipis kot.. masam gile..


Cafe at Rich & Famous FO

Since menunya nampak macam sedap, we planned to have our anniversary dinner kat cafe tu lagi.

Proceed to Victoria FO, shopping wallet. Kitorang borong wallet sorang 3.. hehehe..



Depan Victoria FO & my wallets.. :D


Hasil shopping hari ke-4

Sebelah malam, after maghrib kitorang jalan kaki je dari hotel ke cafe Rich & Famous. For our candle light dinner (cewah) kitorang order:

  • Large tenderloin steak - sungguh besar sampai tak abis share makan 4 org
  • Onion ring
  • Corn Soup
  • Pineapple juice & melon juice
  • Hot chocolate
  • Mocha shake

Lepas makan ingat nak tunggu live music, tapi budak2 dah tertido la pulak. Total bil = Rp 100k = RM 40.


The dinner..


Bandung - Day 3 (3rd March 2006)

Pagi2 dah ade call dari receptionist. Rupanya nak tanya ' breakfastnya mau di antar ke bilik bu?' Wah.. mestila mau.. senang nya makan sambil siapkan budak2 . Lepas tu every morning kitorang call mintak breakfast.. haha..

Agenda hari ketiga - beli kasut & bag. Before keluar dah siap tanya receptionist pompuan kat hotel tu, tempat2 utk shopping kasut dgn bag dgn brg2 budak2.

'"apa itu kasut?" ..
ler rupanya tak paham soalan kitorang. Diorang sebut kasut = sepatu , bag = tas.
" itu sepatu & tas ada di Donatello"
"barangan kanak2 ada dijual di Lavie, Jalan Imam Bonjol" huh? what a name..

Actually bahasa kita lebih kurang je dgn diorang.. maybe sbb dlm bandar kot. Cuma sebutan agak baku & vocab diorang kurang dari kita.

So naik angkutan turun kat Donatello. Kedai2 ni dan yg sebelumnya kitorang pegi semuanya kat jalan yg sama - Jalan Dago - which is satu row je dgn hotel kitorang. Actually berderet2 Factoty Outlet kat sepanjang Jalan Dago ni. Tapi kalu nak menapak mau berpeluh gak dgn budak2 lagi..


Depan kedai Donatello -tempat shopping kasut & bag


Dalam kedai Donatello & hasil shopping

Abis shopping budak2 dah kelaparan. So kitorang lunch mi kocok & mi bakso. Sedap gak. Pastu ade org jual2 buah strawberry & raspberry. Kitorang try beli raspberry 2 kotak kecik = Rp 25 000 = RM 10. Macam mahal je.. tah2 kena katuk lagi.. So first time makan fresh raspberry.. memang sedap & manis.


Yummy raspberry


Mi kocok yg dah kena makan & mi baso


Slurrppp...

After lunch jalan2 kat kedai dekat2 situ je.. FO Blossom, FO Glamour & beberapa lagi.. lupa dah nama kedai. Then jalan kaki ke Lavie - kedai brg budak2. Budak2 dah penat so kena dukung. Gile penat mama & babah.. dah berat rupanya anak2 aku nih.. sampai kedai terus cari gendong budak..

Ni gendong budak kitorang beli kat Lavie around RM20. Haikal cakap "nak dukung bee" kalau die mintak nak gendong.. macam baby kanggaru..

Kitorang beli satu je gendong ni. Bila time nak dukung berebut2 la pulak budak 2 org tuh.. adoi la..

Hasil pada hari ke3

Bandung - Day 2 (2nd March 2006)

Kat Bandung waktu dia sejam awal dari Malaysia. So pagi turun breakfast around 8 AM, kat cafe hotel. Makan kat hotel Bandung tak macam kat Malaysia. Kalu kat Malaysia buffet style makan sampai tak muat perut. Kat hotel kitorang kenaorder.. tu pun ade 3 options aje - nasik goreng , roti or bubur with air teh/kopi.

Our first destination for the day was HSBC , nak mengeluarkan ongkos utk shopping seterusnya. Mula2 naik angkutan sampai ke Pasar Baru. Pastu naik beca ke HSBC. Gile kesian tengok org kayuh beca angkut kitorang. Tu pun kitorang amik 2 beca. Budak2 suka jakun gile naik beca, berangin jek.



Pi balik ke Pasar Baru, beca charge kitorang Rp 50 000 = RM20 utk dua beca. Huh ? rasa macam kena katuk je. Kat pasar Baru terkenal dgn tempat jual tudung2, kain batik & telekung. Kira macam kedai2 kat jln TAR la. Borong sikit je this time.

Tgh hari balik ke Hotel sbb budak2 dah penat. Bagi diorang tido dulu pastu ptg shopping utk round yg kedua kat Merdeka Arcade. Lupa nak amik gambar hasil shopping sbb balik bilik dah kepenatan..

Bandung - Day 1 (1st March 2006)

Flight dari KLIA depart at 7:35 am. So mlmnya dah siap call teksi utk pick up at 5:30 am. :O . So angkut je budak2 tgh tido, sampai KLIA at 6:10, terus je beratur utk check in sbb dah ramai org. Haikal yg asalnya ngantuk terus je excited sbb nak naik 'erofen' - dalam bahasa Haikal. Lepas solat terus je rushing ke departure hall, ngam2 je masa.

So flight amik masa 2 jam, budak2 tido je dlm flight, lega sikit. Sbb tak breakfast lagi, kitorang order je nasik lemak dlm flight. Gile mahal nasik lemak secebis je dah RM8. Tapi sebab nak alas perut beli satu je share 2 org.


Amik gambar setibanya di Bandung. Gerimis sikit2.


Dlm bilik hotel. Budak2 lapar so bagi makan serunding daging. Macam makan nasik..

Touchdown kat Bandung, terus amik teksi (Rp 35 000 = RM 14 ) utk check in at Hotel Karmila, yg dah di book through phone je. Tapi nasib malang sikit dapat driver yg tak terer sampai sesat2 nak carik Hotel. 3x pusing jalan yg sama.. 3x tanya2 org tepi jalan.. hampeh sungguh. Nasib baik bayar flat rate je.

Lepas simpan barang, terus cergas jalan2 di sekitar Hotel. Lunch kat Pizza Hut, around RM 20. Waittress kat sini sume cun2. Terkagum sekejap kitorang.. :). Actually makan2 kat Bandung is quite expensive, kalau nak dikirakan rate duit die yg murah tu.


Lunch kat pizza Hut. Spaghetti Sapi (daging lembu) die kurang sedap.

Yang best kat Bandung ni, is their public transport. Sungguh efisyen, especially kalu naik 'angkutan' - is actually a van . Angkutan ni ade route die, kira macam bas la kalu kat sini. Sentiasa ade & murah, and flat rate and bulih berenti kat mana2 je. Sekali naik sorang Rp1000 = 40 sen. Time nak suruh berenti kena cakap ' kiri kiri'. Tak sure sgt nape kena sebut tu, tapi org lain buat so kitorang ikut je la.

Kedai2 kat Bandung di panggil boutique, and sebuah2 macam rumah2 banglo kalu kat sini. So our first stop was Istana Sepatu. Beli kasut Azhar & Husna sorang sepasang. Then sebelah die ada Merdeka Arcade. Rambang mata tengok baju2 especially baju girls. Husna la yg paling untung sbb gile banyak choice baju2 yg comel2 utk die.


Ni hasil hari pertama shopping spree.


Monday, March 06, 2006

Bye bye Bandung

Baru je sampai dari Bandung.. Stories will be blogged soon..